Doa Fi Kulli Lamhatin Wa Nafasin.
_____________________________
Sebelum dibaca kirim surat Al-Fatihah untuk Syarifah Al-Waliyah Umi Fatmah Binti Hasan Bin Muhsin Al-Athos
Dan untuk Al-Habib Ja'far Bin Umar Assegaf
Dibaca sebanyak 4 kali,
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ
، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ
“La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullahi Fi Kulli Lamhatin Wa Nafasin ‘Adada Ma Wasi‘ahu ‘ilmullah.”
Artinya,
“Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad adalah utusan Allah, pada
setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan yang diliputi oleh ilmu
Allah.”
Telah ditulis oleh Syekh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau :
“Sesungguhnya,
kami telah mengambil tarekat ini dari guru kami Abdul Wahab, dan beliau
telah mengambil dari Nabi Muhammad Saw. Dan aku pernah mendengar dia
berkata.”
Aku telah mendengar Rasulullah Saw bersabda :
“Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat dari pada La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullahi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.”
Tetapi
Syekh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan berupa pengajaran
dari Rasulullah Saw agar menambahkannya dengan, “Fi Kulli Lamhatin Wa
Nafasin ‘Adada Ma Wasi‘ahu ‘ilmullah.”
Ini menyebabkan zikir itu berlipat ganda nilainya.
Telah bercerita Syekh Ahmad ibn Idris, Pada suatu ketika, telah bersabda Rasulullah Saw :
“La ilaha illallahu Muhammadur Rasulullahi Fi Kulli Lamhatin Wa Nafasin ‘Adada Ma Wasi‘ahu ‘ilmullah.”
Telah
aku simpan (yakni at-Tahlil al-Makhsus / az Zikr al-Makhsus) untukmu
wahai Ahmad. Engkau tiada didahului oleh siapapun kepadanya.
Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya mreka dapat berlomba-lomba dengan orang-orang yang terdahulu (Al-Awa’il).”
Syekh Ahmad ibn Idris Ra. berkata :
Andai
kata ada orang yang mengucapkan, “La ilaha illallah Muhammadur
Rasulullah” dari masa Sayyidina Adam As hingga masa ditiupkan Sangka
Kala, tapi ada seseorang yang membaca zikir Fii Kulli Lamhatin satu kali
saja, niscaya pahalanya melebihi pembacaan yang sebelumnya itu.
Semoga mendapatkan keberkahan dari membaca zikir Fii Kulli Lamhatin untuk kita semua, Aaamiiin...
Sesungguhnya telah dijelaskan oleh Shaykh yang Kamil, orang yang ‘Alim
lagi mengamalkan, Sayyidi Shaykh Ismail an-Nawab yang bermukim di Makkah
al-Musharrafah, dari Gurunya Barakatul Wujud, Sayyidi Shaykh Ibrahim
ar-Rasyid, dari Gurunya yang Agung, Sayyidina Shaykh Ahmad ibn Idris,
bahwa beliau ditalqinkan oleh Nabi SAW sendiri aurad Thariqat
Syadziliyyah, dan memberinya aurad yang tinggi nilainya serta Tareqat
Suluk yang teristimewa (khusus).
Bersabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang sampai kepadamu (wasilahnya) maka
ia tidak akan tersesat ke daerah yang lain atau kepada jaminan yang
lain, tetapi akulah yang menjadi kekasihnya dan dia menjadi
tanggunganku”.
Dikatakan pula oleh Syeikh Ahmad: “Kemudian aku menerima aurad tersebut
langsung dari Rasulullah dengan tanpa perantara, sehingga aku talqinkan
kepada para murid sebagaimana yang telah ditalqinkan kepadaku”. Pernah
suatu kali Rasulullah bersabda kepada Syekh Ahmad: “Laailaaha illallaahu
Muhammadur Rosuulullah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa
wasi’ahuu ‘ilmullaah. Aku menyimpannya untukmu, wahai Ahmad. Tiada
seorangpun yang dapat mendahului keutamaan engkau, wahai Ahmad. Ajarkan
pada para pengikutmu, agar mereka menjadi orang pertama yang
mengetahuinya”.
Syekh Ahmad berkata: “Rasulullah membacakan untuk ku hizib-hizib dari
lafazh beliau”. Sehingga, ulama’ pengikutnya merasa kesulitan pada suatu
kalimat dalam hizib. Maka ia berkata, “Wahai saudara kami, demikianlah
Rasulullah SAW mengucapkan kepadaku”. Para Guru Sufi mengatakan bahawa
dasar Tareqat Syadzili dari Syekh Ahmad ibn Idris. Setiap aurad yang
diambil dari beliau bererti berasal dari Nabi s.a.w.
Antara murid Ahmad ibn Idris yang termasyhur, Sayyidi Muhammad ibn Ali
as-Sanusi dalam kitabnya Masyariqul Anwar menceritakan bahawa ia pernah
ditanya, “Kepada siapa aurad ini di nisbahkan?” Beliau katakan bahawa
setiap murid yang ditalqinkan oleh Syekh Ahmad ibn Idris pada awalnya,
bererti ia di talqin oleh Nabi.
Apa yang terkandung dalam zikir ini mencakup segala zikir seluruh
makhluk, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. Secercah
benda cair mahupun padat, yang bernyawa atau tidak merupakan bahagian
terkecil dari Ilmu-Nya, yang tak lepas dari pengamatan-Nya, kesemuanya
terangkum dalam keluasan Ilmu Allah (Wasi’ahu ‘Ilmullaah).
Lazimilah membacanya sebanyak sekurang-kurangnya/minimum 4 Kali atau
sebanyak-banyaknya di dalam hati walau diketika melakukan aktiviti.
Insya Allah, banyak hikmah yang tidak terduga dari sisi Allah SWT buat
yang ikhlas membacanya. Juga mendekatkan diri kepada peluang untuk
bertemu Baginda Nabi Muhammad SAW yang sangat di cintai. Bila?
Jalankanlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Jika tidak berjumpa?
Pahala membacanya adalah besar dan banyak keberkatannya yang tidak
diduga.
Sumber : https:// www.pemudanurulmusthofa.org /2020/09/doa-fi-kulli-lamhatin-wa-nafasin.html
: http:// qalam-hatiku.blogspot.com /2019/08/amalan-tarikat-rasullah.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar